Friday, September 24, 2010

Program Majlis Guru Cemerlang Perlis 2010

1.    Khidmat Bakti Guru Cemerlang (PMR)

Guru Cemerlang sebagai pakar runding menabur bakti kepada masyarakat khususnya kepada para guru dan murid di Perlis membantu guru-guru mata pelajaran di sekolah bagi membantu murid (calon peperiksaan) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Murid juga didedahkan kepada teknik menjawab soalan dan pemarkahan.  Selain itu murid didedahkan kepada pembelajaran berkumpulan dan perbincangan berkesan. Jadual diatur (setiap hari Selasa) supaya setiap sekolah mendapat manfaat seperti yang diharapkan tanpa menghadapi masalah jadual bertindih.

2.    Program Menjana Warisan Intelek PMR (Bengkel Setempat)

Bengkel ini dijalankan selama dua hari (petang Jumaat hingga hari Sabtu) di empat dewan sekolah terpilih mengikut zon. Hanya tujuh subjek PMR yang dipilih, subjek yang tiada Guru Cemerlang tidak dipilih kerana kekurangan kepakaran. Guru Cemerlang bertindak sebagai penceramah/ fasilitator dan juga urusetia di setiap zon.

Zon
Lokasi
Subjek
Timur
Selatan
Utara
Tengah
Dewan SMK Arau
Dewan SMK Syed Alwi
Dewan SMK Dato’ Jaafar Hassan
Dewan SMK Putra
Matematik
Sains
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam
Geografi


Perbelanjaan makan minum dan bahan cetak ditanggung oleh murid , PIBG atau peruntukan panitia.

3.    Program Didik Cemerlang Tingkatan 4 (SPM)

Program ini dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang.  Ia melibatkan murid-murid tingkatan 4 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR  2009. Murid-murid cemerlang ini diberi latihan, kem motivasi, lawatan, kelas bimbingan dan pelbagai program yang dibimbing dan dipantau oleh pengajur. Mereka akan menghadiri kelas bimbingan bagi subjek sains tulen, matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh UNIMAP.

Bil.
Tarikh
Aktiviti
Tempat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
2 – 5 April 2010
20 April 2010
4 Mei 2010
22 Jun 2010
6 Julai 2010
27Julai 2010
21 September 2010
Kem Jati Diri
Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A)
Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A) Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A)
Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah


Bilik Seminar Tun Dr. Mahathir,
UNIMAP Seriab.



* (A) Kimia, B. Melayu & Sejarah
*(B) Biologi, B. Inggeris &  Mat. Tamb.


4.    Program Jejak Cemerlang anjuran Guru Cemerlang (6 subjek)

Program berupa tuisyen khas untuk 6 subjek dijalankan pada hari Sabtu dengan dikenakan bayaran minima. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bil.
Tarikh
Subjek
Tempat
1.


2.

8 Mei 2010


25 September 2010

B. Melayu, Kimia, Mat. Tambahan

Bahasa Inggeris & Mat. Tambahan (Sains Tulen)

Sains & Matematik
(Sains Sosial)
Bilik Seminar Tun Dr. Mahathir,
UNIMAP Seriab.

IPGM Kampus Perlis

(ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian)





5.    Khidmat Bakti Guru Cemerlang (SPM)
Program dijalankan seperti program PMR. Jadual khidmat Bakti disediakan supaya tiada pertindihan.

6.    Kem Kecemerlangan UPSR
Kem ini dijalankan bagi semua subjek UPSR dengan bayaran oleh murid, PIBG atau peruntukan panitia. Ianya dijalankan di lapan buah Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP). Guru Cemerlang bertindak sebagai penceramah/ fasilitator dan juga urusetia.

TARIKH
PKP
Tempat
13-Apr
Paya & P. Besar
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
27-Apr
4 Mei
Simpang 4 & Arau
SM Vokasional Arau
11 Mei
6 Julai
K. Perlis & Jejawi
SK Seberang Ramai
13 Julai
3 Ogos
Kangar &
T. Tulang
SK Tambun Tulang
10 Ogos


Semua Guru Cemerlang sekolah rendah terlibat dalam menjayakan kem ini sama ada sebagai penceramah, fasilitator atau pun urus setia.

7.    Program-program lain
Selain daripada aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang, Guru Cemerlang selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti akademik atas jemputan pihak Jabatan Pelajaran, sekolah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Majlis Guru Besar atau agensi luar.
Guru Cemerlang juga sebagai Pengerusi panitia Negeri memimpin semua guru subjek Negeri Perlis untuk menjalankan aktiviti Panitia. Aktiviti yang dijalankan sama ada untuk guru-guru (peningkatan profesionalisme) atau untuk murid (peningkatan prestasi akademik).
Tujuh orang Guru Cemerlang sekolah rendah dilantik menjadi ahli panel dalam Dialog Cemerlang Untuk Guru-guru pelatih IPGM Kampus Perlis pada 30 September 2010.








1 comment: