1. Khidmat Bakti Guru Cemerlang (PMR)
Guru Cemerlang sebagai pakar runding menabur bakti kepada masyarakat khususnya kepada para guru dan murid di Perlis membantu guru-guru mata pelajaran di sekolah bagi membantu murid (calon peperiksaan) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Murid juga didedahkan kepada teknik menjawab soalan dan pemarkahan. Selain itu murid didedahkan kepada pembelajaran berkumpulan dan perbincangan berkesan. Jadual diatur (setiap hari Selasa) supaya setiap sekolah mendapat manfaat seperti yang diharapkan tanpa menghadapi masalah jadual bertindih.
2. Program Menjana Warisan Intelek PMR (Bengkel Setempat)
Bengkel ini dijalankan selama dua hari (petang Jumaat hingga hari Sabtu) di empat dewan sekolah terpilih mengikut zon. Hanya tujuh subjek PMR yang dipilih, subjek yang tiada Guru Cemerlang tidak dipilih kerana kekurangan kepakaran. Guru Cemerlang bertindak sebagai penceramah/ fasilitator dan juga urusetia di setiap zon.
Zon | Lokasi | Subjek |
Timur Selatan Utara Tengah | Dewan SMK Arau Dewan SMK Syed Alwi Dewan SMK Dato’ Jaafar Hassan Dewan SMK Putra | Matematik Sains Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Geografi |
Perbelanjaan makan minum dan bahan cetak ditanggung oleh murid , PIBG atau peruntukan panitia.
3. Program Didik Cemerlang Tingkatan 4 (SPM)
Program ini dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang. Ia melibatkan murid-murid tingkatan 4 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2009. Murid-murid cemerlang ini diberi latihan, kem motivasi, lawatan, kelas bimbingan dan pelbagai program yang dibimbing dan dipantau oleh pengajur. Mereka akan menghadiri kelas bimbingan bagi subjek sains tulen, matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh UNIMAP.
Bil. | Tarikh | Aktiviti | Tempat |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. | 2 – 5 April 2010 20 April 2010 4 Mei 2010 22 Jun 2010 6 Julai 2010 27Julai 2010 21 September 2010 | Kem Jati Diri Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A) Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A) Kelas Bimbingan (B)
Kelas Bimbingan (A) | Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah
Bilik Seminar Tun Dr. Mahathir, UNIMAP Seriab.
* (A) Kimia, B. Melayu & Sejarah *(B) Biologi, B. Inggeris & Mat. Tamb. |
4. Program Jejak Cemerlang anjuran Guru Cemerlang (6 subjek)
Program berupa tuisyen khas untuk 6 subjek dijalankan pada hari Sabtu dengan dikenakan bayaran minima. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bil. | Tarikh | Subjek | Tempat |
1.
2.
| 8 Mei 2010
25 September 2010
| B. Melayu, Kimia, Mat. Tambahan
Bahasa Inggeris & Mat. Tambahan (Sains Tulen)
Sains & Matematik (Sains Sosial) | Bilik Seminar Tun Dr. Mahathir, UNIMAP Seriab.
IPGM Kampus Perlis
(ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian)
|
5. Khidmat Bakti Guru Cemerlang (SPM)
Program dijalankan seperti program PMR. Jadual khidmat Bakti disediakan supaya tiada pertindihan.
6. Kem Kecemerlangan UPSR
Kem ini dijalankan bagi semua subjek UPSR dengan bayaran oleh murid, PIBG atau peruntukan panitia. Ianya dijalankan di lapan buah Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP). Guru Cemerlang bertindak sebagai penceramah/ fasilitator dan juga urusetia.
TARIKH | PKP | Tempat |
13-Apr | Paya & P. Besar | Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) |
27-Apr |
4 Mei | Simpang 4 & Arau | SM Vokasional Arau |
11 Mei |
6 Julai | K. Perlis & Jejawi | SK Seberang Ramai |
13 Julai |
3 Ogos | Kangar &
T. Tulang | SK Tambun Tulang |
10 Ogos |
Semua Guru Cemerlang sekolah rendah terlibat dalam menjayakan kem ini sama ada sebagai penceramah, fasilitator atau pun urus setia.
7. Program-program lain
Selain daripada aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang, Guru Cemerlang selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti akademik atas jemputan pihak Jabatan Pelajaran, sekolah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Majlis Guru Besar atau agensi luar.
Guru Cemerlang juga sebagai Pengerusi panitia Negeri memimpin semua guru subjek Negeri Perlis untuk menjalankan aktiviti Panitia. Aktiviti yang dijalankan sama ada untuk guru-guru (peningkatan profesionalisme) atau untuk murid (peningkatan prestasi akademik).
Tujuh orang Guru Cemerlang sekolah rendah dilantik menjadi ahli panel dalam Dialog Cemerlang Untuk Guru-guru pelatih IPGM Kampus Perlis pada 30 September 2010.