Saturday, October 2, 2010

Pengisian Menarik Di Sepanjang Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke 8 Tahun 2010

PENGENALAN

Guru merupakan agen penting dalam pembinaan negara dan bangsa. Sebagai pendidik, guru diberikan tanggungjawab untuk mencorakkan murid agar menjadi insan yang dapat memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, guru perlu memainkan peranan dalam memastikan pembentukan jati diri murid untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab. Usaha untuk membina negara bangsa adalah sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, permuafakatan pendidikan amat penting kerana penyatuan tenagadan idea ini merupakan suatu usaha murni bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti dalam pembinaan negara bangsa.


TEMA

"Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa"


RASIONAL

Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, usaha ke arah membina negara bangsa sangat penting bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terjamin. Dalam hal ini, permuafakatan para ilmuan, ibu bapa, masyarakat  dan pemimpin negara merupakan antara usaha yang terbaik bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti agar impaknya meninggalkan kesan yang mendalam bagi merealisasikan pembinaan negara bangsa. Pemuafakatan ini penting bukan sahaja untuk meningkatkan kecemerlangan akademik murid tetapi juga untuk melahirkan generasi yang memiliki semangat patriotik, mempunyai nilai murni, dan mentaati agama. Guru Cemerlang bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab ini dari semasa ke semasa bagi mencapai hasrat murni ini.


OBJEKTIF

1.   Menggembleng tenaga antara Kementerian Pelajaran Malaysia,
      Majlis Guru Cemerlang (MGCM), Biro Tatanegara (BTN) dan
      agensi-agensi lain dalam meningkatkan kualiti pendidikan
      negara;
2.   Mencetuskan idea baharu dalam inovasi kerja Guru Cemerlang
      melalui wacana profesional dan pembentangan kertas kerja;
3.   Menggalakkan penulisan ilmiah dan budaya penyelidikan dalam
      kalangan Guru Cemerlang; dan
4.   Meningkatkan semangat patriotik Guru Cemerlang dalam
      mencapai matlamat pembinaan negara bangsa.


27 September 2010 (Isnin)

1. Wacana Ilmu "Key Performance Indicators"
Oleh Timbalan Ketua Nazir (Dasar)
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

2. Mesyuarat Agung MGCM Kali Ke 8



28 September 2010 (Selasa)

1. Perkongsian Pengalaman Guru Cemerlang

2.Ucaptama
Y. Bhg. Dato' Misrah bin Hj Ibrahim
Ketua Nazir
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

3. Majlis Perasmian Pembukaan
Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan
Ketua Setiausaha Negara

4. Sidang Selari Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Guru Cemerlang

5. Pameran Guru Cemerlang

6. Pembentangan Kertas Kerja Biro Tatanegara
"Perkongsian Kuasa"


29 September 2010 (Rabu)

1. SKPM Versi 2010
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

2. Sidang Selari Inovasi Pengajaran & Pembelajaran Guru Cemerlang

3. Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr. Lee Seung Chun
(Universiti Utara Malaysia)
" Historical and Sociological Dimensions In South Korea's Education: Lessons for Malaysia's Education"

4. Majlis Makan Malam
Dinner Talk
Y.B. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri



30 September 2010 (Khamis)

1.Majlis Perasmian Penutup
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.